IPOH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mendera anak teman wanitanya yang berusia enam tahun.
Tertuduh, Mohd Aiman Razali, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Cherry Appartment, di sini, kira-kira jam 1 pagi, 25 November 2022.
Dia turut didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa yang sama dan di tempat sama, kira-kira jam 1 pagi, 14 Februari 2023.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee menawarkan jaminan RM12,000 untuk setiap pertuduhan, namun, peguam, Dayang Nor Emilia Azman Shah yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan, dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 22 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, difahamkan tertuduh ditahan polis dan direman selama seminggu selepas dipercayai mendera mangsa yang juga anak teman wanitanya, minggu lalu.
Suspek dipercayai kerap kali memukul mangsa dengan menggunakan tangan hingga menyebabkan lebam di bahagian mata kanan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 21 2023
Muhammad Aiman mengaku tidak bersalah mencederakan anak teman wanitanya. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
Lelaki itu didakwa membunuh bapa kandungnya kerana berang akibat sering dihina kerana tidak bekerja.
Penganggur didakwa buat komunikasi jelik hina Sultan Johor, keluarga Diraja
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat komunikasi jelik menghina Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama di Muar, minggu lepas.
Penganggur mengaku tidak bersalah dera anak teman wanita
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan anak kekasihnya yang berusia enam tahun.
Penganggur dituduh bunuh warga emas
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Kulim, pada 5 Oktober lalu.
Penganggur mengaku tidak bersalah menyamar polis
Bukan hanya menyamar sebagai polis, bahkan tertuduh juga didakwa atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam tubuhnya.
Penganggur menangis didakwa 15 pertuduhan seks luar tabii, cabul 2 anak tiri
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni.